Saturday, July 31, 2010

Abdul Rahim Kajai history


Abdul Rahim Kajai (1894 - 5 Disember 1943; nama sebenarnya Abdul Rahim bin Haji Salim) ialah Bapa Kewartawanan Melayu.

Dilahirkan di Selangor, Malaysia, Abdul Rahim mendapat pendidikan awal sehingga darjah lima di Sekolah Melayu Setapak, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran agama dan Bahasa Arab di Makkah sehingga tahun 1909.

Pada tahun 1925 Abdul Rahim berkhidmat sebagai wartawan di akhbar mingguan Edaran Zaman yang berpusat di Pulau Pinang. Selepas itu, beliau berpindah ke akhbar Saudara pimpinan Syed Sheikh Al-Hadi. Dalam penulisannya ketika itu, beliau menggunakan nama pena "Abdul Rahim Kajai". Kajai adalah nama sebuah tempat di Sumatera, iaitu kampung halaman ibubapanya.

Pada tahun 1931, Abdul Rahim menjadi Pengarang untuk akhbar Majlis. Dari situ, beliau berpindah pula ke akhbar Warta Malaya juga sebagai Pengarang. Pemilik Warta Malaya, Syed Husin al-Sagaf kemudiannya menerbitkan dua majalah, iaitu Warta Ahad dan Warta Jenaka dan Abdul Rahim ditugaskan untuk menulis rencana pengarangnya dan juga cerita-cerita humor untuk kedua-dua majalah itu.

Abdul Rahim pernah juga berkhidmat di Utusan Melayu dan Utusan Zaman sebagai Pengarang. Begitu juga sebagai Pengarang majalah Mustika (sekarang di sebut Mastika). Pada tahun 1943 semasa Perang Dunia II, Abdul Rahim bertugas di akhbar Berita Malai.

Abdul Rahim meninggal dunia pada tahun 1943. Dalam hidupnya, beliau pernah mengarang 48 buah cerpen dengan pelbagai tema.

Antara Karyanye:

  1. Pak Lacuk. Singapura: Qalam, 1949.
  2. Pusaka Kajai – No.1, 3, 4. Singapura: Dihai Sing Press, 1949.
  3. Telatah Kajai. Singapura: Qalam, 1950.
(credit to http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahim_Kajai)

Kolej Rahim Kajai Logo has been change....

Kolej Rahim Kajai has change the logo based on the criteria and the target and mission of our Kolej..

so, this is the new Logo for Kolej Rahim Kajai....
Bee on the cover meaning : High Class productivity that we produce from our organization 'Kolej'

Move on!!!